DASAR PRIVASI

Penyataan Dasar Privasi ini menjelaskan tentang amalan pemprosesan data 10 Teratas Survei Berbayar Terbaik. Jika anda mempunyai permintaan mengenai maklumat peribadi anda atau apa-apa pertanyaan mengenai amalan-amalan ini, sila hubungai Pegawai Privasi kami melalui e-mel di privacy@top10bestpaidsurveys.co.uk

 

PENDAFTARAN & MAKLUMAT YANG DIAMBIL

Kami mengambil maklumat peribadi daripada anda melalui penggunaan borang pendaftaran. Ianya hanya untuk tujuan pendaftaran dengan rakan kongsi survei kami dan peluang untuk menjana duit. Kami mengambil maklumat lawatan anda ke laman web kami secara automatik. Kami tidak menyimpan maklumat ini setelah diproses. Maklumat ini tidak boleh dikenalpasti secara individu. Maklumat yang diambil termasuklah data demografik dan corak dalam melayari laman web ini.

 

PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami menggunakan maklumat peribadi yang diambil melalui 10 Teratas Survei Berbayar Terbaik untuk:

  • Menyediakan anda dengan maklumat tentang mengambil bahagian dalam Kajian Pasaran dan peluang menjana duit yang berkaitan dengan syarat anda bersetuju.
  • Menyediakan anda dengan servis yang lebih berperibadi.
  • Memberikan hanya kepada rakan kongsi survei yang anda telah pilih untuk sertai apabila kami telah menerima persetujuan anda untuk berbuat sedemikian. Data ini termasuklah nama, alamat, tarikh lahir, jantina dan alamat e-mel anda. Tanpa memberikan maklumat ini kepada mereka, kami tidak dapat mendaftarkan anda dengan syarikat survei yang anda ingin sertai.
  • Dengan menggunakan laman web ini, anda telah bersetuju yang anda mungkin dihubungi oleh kami dan syarikat-syarikat yang anda telah pilih semasa proses pendaftaran dengan e-mel.
  • Anda boleh memilih untuk keluar daripada servis kami pada bila-bila masa. Sila e-mel kepada kami di unsubscribe@top10bestpaidsurveys.co.uk atau secara alternatif, klik pautan menarik balik langganan dalam mana-mana e-mel kami.

PENGGUNAAN KUKI

Kami tidak menggunakan “kuki” untuk mengenalpasti anda apabila anda mengunjung laman web 10 Teratas Survei Berbayar Terbaik tetapi kami mungkin akan menggunakannya untuk membekalkan kefungsian laman web kami dan mempertingkatkan pengalaman kunjungan anda. Kuki merupakan sebahagian kecil maklumat yang dihantar daripada pelayan laman web ke pelayar web yang membolehkan pelayan tersebut untuk mengambil maklumat balik daripada pelayar. Sila lihat www.aboutcookies.org untuk maklumat lanjut tentang kuki.

Kami menggunakan Google Analytics iaitu salah satu penyelesaian beranalisis yang digunakan secara meluas serta dipercayai di Internet untuk membantu anda memahami bagaiman pengunjung menggunakan laman web ini dan menunjukkan cara-cara yang kami boleh mempertingkatkan pengalaman anda dengan 10 Teratas Survei Berbayar Terbaik. Kuki ini boleh menjejak perkara-perkara seperti berapa lama anda meluangkan masa di laman web dan halaman mana yang anda mengunjung di laman web kami. Walaupun begitu, kami tidak jejak atau menyimpan data peribadi yang boleh dikenalpasti secara individu. Untuk maklumat lanjut, tentang kuki Google Analytics, lihat halaman rasmi Google Analytics.

 

PENGGUNAAN FAIL SESI

Kami menggunakan fail sesi untuk membekalkan kefungsian kepada laman web kami. Ia tidak termasuk dengan apa-apa data peribadi yang boleh dikenalpasti.

 

KAWALAN ANDA TERHADAP KEGUNAAN DATA PERIBADI ANDA

Anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kegunaan maklumat peribadi oleh 10 Teratas Survei Berbayar Terbaik. Anda boleh menarik balik langganan pada bila-bila masa dengan mengklik pada pautan menarik balik langganan yang terletak di bahagian bawah pada setiap e-mel yang anda terima daripada kami atau dengan menghantar e-mel kepada unsubscribe@top10bestpaidsurveys.co.uk

Jika anda perlu untuk memindahkan data anda luar daripada EEA, 10 Teratas Survei Berbayar Terbaik akan mengambil langkah munasabah yang diperlukan bagi memastikan data dan hak privasi anda dilindungi secara terus.

10 Teratas Survei Berbayar Terbaik adalah nama perdagangan C2o Media Ltd.